Selamat Datang Ke Blog Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Desa Cempaka, 71800, Nilai

Sunday, October 16, 2011

Aktiviti- aktiviti Yang Dijalankan Oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling (4)


Majlis Restu Ilmu
Pendahuluan

Majlis Restu Ilmu adalah majlis menyampaikan nasihat dan motivasi terakhir sebelum pelajar menduduki peperiksaan PMR. Majlis ini memberi peluang pelajar memohon maaf daripada guru atas segala kesilapan yang telah dilakukan semasa aktiviti pembelajaran.

Matlamat Program

Melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik bagi merealisasikan harapan Negara ke arah Negara Maju menjelang tahun 2020.

Objektif

-       -Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan pelajar.
-       -Meningkatkan motivasi diri menghadapi PMR.
-       -Mewujudkan perasaan rasa disayangi dan dihargai dalam diri pelajar.

Aktiviti- aktiviti Yang Dijalankan Oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling (3)


Perasmian Sudut PPDa SMK Desa Cempaka

Sudut PPDa SMK Desa Cempaka yang dianjurkan oleh Unit PPDa SMK Desa Cempaka dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Desa Cempaka telah dirasmikan pada 2 Ogos 2010. Penganjuran program ini adalah untuk menentang ancaman dadah dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha membanteras dadah. Program bermula pada jam 8 pagi dengan ketibaan tetamu VIP. Upacara majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku dan seterusnya Ikrar Anti Dadah. Perasmian Sudut PPDa SMK Desa Cempaka dilakukan sejurus selepas ucapan Pengetua SMK Desa Cempaka dan Pegawai PPDa Seremban.

Aktiviti- aktiviti Yang Dijalankan Oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling (2)


Perkampungan Pendidikan Islam PMR dan SPM serta Solat Hajat 2010

Perkampungan  Pendidikan Islam PMR dan SPM ialah satu program untuk mendorong pelajar untuk belajar secara berterusan. Ia diadakan dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar secara berbengkel dengan menggunakan soalaon-soalan yang berteraskan PMR dan SPM. Perkampungan PMR telah dijalankan pada 17-18 September 2010 manakala perkampungan SPM pula pada 29-30 Oktober 2010 bertempat di Kem Bina Negara 2010. Program yang merangkumi aktiviti di dalam dan luar kelas ini berlangusng dengan jaya selama dua hari dan diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaaha mendapatkan kecemerlangan.

Aktiviti- aktiviti Yang Dijalankan Oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling


Sentuhan Nurani

Program Sentuhan Nurani BTN Bagan Lalang Sepang

Program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman konsep “manusia sebagai khalifah” dalam kalangan pelajar dan seterusnya memupuk sahsiah dan jati diri pelajar. Program ini berjalan pada 5 Mei 2010 dianjurkan bersama oleh Unit Hal Ehwal Murid SMK Desa Cempaka dan Panitia Pendidikan Islam bertemakan “Kau Masih Dihatiku”. Program yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir hingga jam 5 petang menjalankan aktiviti ceramah Mengenal Diri dan pemahaman mengenai Konsep Khalifah serta aktiviti kumpulan yang bertujuan untuk membina jati diri. Pelajar yang terlibat dalam aktiviti ini ialah dari kalangan pelajar tingkatan tiga dan lima.

Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK Desa Cempaka


Unit Bimbingan Dan Kaunseling